Wednesday, October 15, 2008

Sambutan Ihya Ramadhan & Idul Fitri

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Sumbangan Duit Raya Dari Tuan Guru Besar
Hadirin yang menjayakan majlis


KEM MOTIVASI

Seramai 18 orang pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR telah mengikuti perkhemahan di Pulau Semak. Seramai 10 orang guru mengiringi pelajar dalam perkhemahan sambil belajar ini.
Makan berjemaah mengeratkan ukhwah di kalangan guru dan murid.

Usrah kumpulan dibimbing oleh guru.











Wednesday, July 16, 2008

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN ULU ATOK RAUB PAHANG



LAGU SEKOLAH

SKUA sekolah kita
Tempat semaian ilmu
Sebarang kerja buat segera
Itu panduan kita
Rajinlah belajar menuntut ilmu
Janganlah kita abaikan

Belajar…. Berusaha….
Itulah ikrar kami
Berjaya cemerlang
Inilah janji kami


MISI SEKOLAH
Melahirkan insan berilmu, berakhlak mulia, berjiwa besar, bertanggungjawab serta berketerampilan.

VISI SEKOLAH
Melahirkan individu berkualiti dari segi jasmani, emosi, intelek, dan berpotensi dalam semua bidang, berilmu, beramal, berjasa kepada diri, agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH
1. Menghasilkan pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan tinggi serta mengamalkannya secara penuh tanggungjawab di masa hadapan.
2. Membentuk personaliti yang mempuyai gaya kepimpinan yang menarik serta mempunyai daya tahan dan semangat juang yang utuh dari segi fizikal dan mental.

3. Melahirkan pelajar yang berperibadi mulia, bermoral, berdisiplin, berperikemanusiaan, penyayang, suka kepada alam sekitar, berjimat cermat serta sedia berbakti kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberi
perkhidmatan yang standard dan berkualiti
kepada anak-anak sehingga mereka boleh
menguasai aspek 3M dengan cemerlang
apabila tamat Tahun 6. Kami juga
menjanjikan hak-hak pelanggan
seperti berikut:

“Pendidikan yang berkualiti dan sempurna
kepada murid dan semua pihak”

“Bertindak secara professional dalam
semua aspek dan bidang”

“Memberi layanan yang mesra dan
istimewa kepada semua pihak”

“Berkompromi dalam semua hal dengan
semua pihak”

“Memupuk nilai-nilai estitika murid
terhadap ilmu pengetahuan”

Falsafah
“BERILMU DAN BERBAKTI”



SEKOLAH KEBANGSAAN
ULU ATOK

BERCITA-CITA MENGWUJUDKAN SATU BUDAYA SEKOLAH YANG UNGGUL KE ARAH PENDIDIKAN YANG CEMERLANG MELALUI CARA HIDUP


· Belajar bersungguh-sungguh.
· Bermain bersungguh-sungguh.
· Sentiasa menepati masa.
· Berdisiplin dan mematuhi peraturan.
· Bersopan santun.
· Berpakaian kemas dan bersih diri.
· Kerja sentiasa kemaskini.
· Celik huruf dan bijak berbahasa.
· Celik IT dan bijak sifir.


VISI DAN MISI GURU BESAR


Saya mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT kerana berkat taufik dan hidayahNya, pihak sekolah dapat menyediakan Blog Sekolah Kebangsaan Ulu Atok, 27660 Raub, ini.

Sesungguhnya sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mewujudkan hasil kerja yang berkualiti bagi membangunkan sistem pendidikan SK Ulu Atok ke tahap kecemerlangan bertaraf dunia bagi mengisi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kita membentuk generasi berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia yang berupaya menangani cabaran hidup masa depan ke arah kecemerlangan melalui pencapaian akademik dan kokurikulum yang tinggi.

Justeru itu,

"SEKALI KITA CEMERLANG AKAN TERUS GEMILANG"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



( AHMAD BIN ABD. WAHID )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ulu Atok, 27660 Raub,
Pahang Darul Makmur










SENARAI STAFF SKUA, RAUB, PAHANG.

GURU BESAR
AHMAD B. ABD. WAHID
GPK 1
SITI SALOMA BT MAT ARIS
GPK HEM
MUHD WIRA B. SAID
GPK KO-KURIKULUM
S. ANEETA BT. SALEHUDDIN
GURU PENOLONG
HAMIZAH BT.MOHAMAD
GURU PENOLONG
FERDAUS B ZAINAL
GURU PENOLONG
ZIKRIL HAKIM B. RAMLI
GURU PENOLONG
DZURAINI BT. DZULKIFLI
GURU PENOLONG
NAI'MAH BT. AHMAD MARZUKI
GURU PENOLONG
NORAHUDA BT ISMAIL
GURU PENOLONG
NURUL AIDA BT ISMAIL
GURU PENOLONG
HASLIKAMRI B MOHAMED ALI
GURU PENOLONG
NURUL AQMAR BT GHAZALI
PEMBANTU TADBIR
AHMAD SHARUDDIN B AHMAD
PEMBANTU TADBIR
RUZILAYATI BT. KAMARUZAMAN
PAR
ABDUL SAMAD BIN JUDIN